Tukar IC @ JPN Putrajaya :)

Hey.Assalamualaikum~

On 16/10/14  12:35pm

Atas kesedaran diri yang tinggi(ceh..)Yuyu
 & ayahnya telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) Putrajaya untuk tukar IC baru hokey.
Ayah kata buat kat JPN Putrajaya cepat siap..so apa lagi kan..serbu ke sana lah gamaknye
Family lain dah tukar kami tak tukar2 lagi IC baru yang ada dua pics tu.oops!

Itulah bangunan JPN Putrajaya.Kami parking bersebelahan bangunan tu(FREE).
Ada parking di basement juga tapi kena bayar lah yea..

Kaunter IC a.k.a kad pengenalan kat tingkat 2

Dalam bangunan tu macam ni lah rupa dia.Memg besar dia punya Sign Board.
Setiap aras berlainan urusan.Boleh naik escalator or lift.
Sebelah bendera Msia tu bendera wilayah yea.:) 


Ni pelan lantai kalau korang panik tak tahu pergi mana yea.
Dia dah tunjuk kan pakai anak panah lagi.Lepas naik je escalator terus pergi bahagian kiri ada kaunter pertanyaan & no giliran.

Kaunter pertanyaan & no.giliran 
(Yang pagar hijau tu tempat untuk kanak-kanak bermain dan ada kerusi urut kaki kat area situ)

Ambil no giliran & tunggu no dipanggil(masa yuyu dtg tu memg tak ramai org)
tak sempat duduk no.giliran dah dipanggil!
Bagi IC lama.If nak update alamat baru inform je masa di kaunter.
Kena bayar RM 10 


Org kaunter tu akan beri 1 resit suruh korang terus ke Kaunter Utk Tangkap Gambar
Kaunter no 16,17 & 18 .Mereka akan panggil guna no giliran yang sama tadi.Better pakai baju color gelap coz background pic color putih.


Lepas tu boleh terus balik.Resit tu jangan bagi hilang yea utk collect IC baru.

Untuk check status IC korang ada 3 cara 
1)Talian hotline:03-8880 8066
2)Laman web: www.jpn.gov.my
3) SMS : Taip JPN MYKAD <no.IC> send ke 15888 

Sehari je nrl punya kad dah siap!Alhamdulillah :) 
Tapi 18/10/14 pagi Sabtu baru nrl ambil coz kerja..
JPN Putrajaya open time weekend okey.Dont worry!

Time collect IC same procedure juga.Ambil no.giliran dan terus ke kaunter 23 lepas tu mereka akan suruh duduk sementara tunggu no giliran dipanggil.
Masa nak collect IC baru sila bawa resit dan IC lama..

Kaunter Pengambilan Kad (Hari Sabtu biasa ramai org sikit)

Tada! My new IC 
mihihi


Ok.Selamat Buat IC baru for those tak buat lagi tu. :)









Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ni^^

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Nak tanya saya ada buat renew ic baru hari ni and then tak sempat ambil hari ni? Macam mana eh? Nak tukar tempat JPN lain untuk ambik ic

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for reading :)

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)