Thursday, 24 August 2017

Selesaikan Hutang Kereta dan Batal Hak Milik Bank.

Assalamualaikum semua :)

FINALLY
AFTER 7 YEARS

(T_T)

Syukur Alhamdulillah.

Jatuh bangun membayar hutang kereta.

Nrl beli kereta dengan bantuan cousin Nrl
Kak Azrah
Thanks Kak Azrah
May Allahswt bless u always :)

Beli kereta Proton Saga BLM saja
Actually Nrl lebih suka guna public transport
dari sekolah masa form 5 naik Lrt pergi Tuisyen Kasturi naik KTM
lepastu masa belajar di MSU 
naik tren KTM di Batu 3
dah biasa turun naik bas and lrt/monorel masa training HKL dulu
kurus pun kurus sebab banyak berjalan.
Masa tu memg energetic habis lah,jalan kaki jauh pun relax je tak mengah.
sekarang JANGAN! :D mengah sungguh rasa.

Rezeki Nrl dapat tawaran bekerja di Cheras Makmur.
Alhamdulillah
cuma ada sedikit kesulitan iaitu public transport dia complicated sikit.
So Nrl decided la beli kereta untuk senang aku pergi kerja :)
saya tak reti bawa motor harap maklum.haha

sekarang 2017 baru ada MRT area situ.Thumbs up!

Nrl beli kereta guna kemudahan sewa beli
(hire purchase) dgn Maybank Islamic
so last payment ends 29 July 2017 guna standing instruction RM534/monthly.

So bulan August Nrl check online tengok baki Hire Purchase still ada outstanding RM 14+
so Nrl call Maybank Auto Finance Centre,pegawai tu suruh pergi Maybank terdekat untuk settle di kaunter.

4/8/2017 (Jumaat) 2 pm 
selepas balik kerja terus ke Maybank
Naik ke Tgkat 3 -Auto Finance Centre
Ambil No giliran-Pilih -Settlement Hire Purchase

Nrl beritahu pegawai bertugas nak settlekan payment hire purchase.
Pegawai minta No Plat Kereta & I/C
dan check dlm sistem.
Total Final Outstanding RM 17.05
Nanti pegawai tu tanya nak bayar cash ke?
I said Yes kak :)
so pegawai tu isi 1 form untuk payment.

So untuk buat bayaran kena turun ke 
Banking Hall
ambil no giliran,tunggu dan bayar di kaunter

Geran kereta memang sudah ada pada Nrl dari tahun pertama renew roadtax lagi.

Pegawai tu kata dalam tempoh 24 jam boleh Batal Hak Milik di JPJ.

Sekarang Bank linked with JPJ online saja.


Isnin 7/8/2017 
Ambil salinan surat pengesahan 
e-Hakmilik JPJ-FIS di Auto Finance Centre untuk simpanan Nrl.

Terus pergi Jab.Pengangkutan Jalan(JPJ) di Bdr Sri Permaisuri bawa geran.

Ambil No.Giliran
tunggu
Sampai giliran just inform pegawai
 nak batal hak milik 
sebab dah settled hire purchase.
pegawai minta I/C & geran
Check dalam sistem
STAMPED!

BATAL MELALUI SISTEM
pada nama bank.

sekejap saja proses 👍
Alhamdulillah

 Bank post surat pengesahan 
jualan ke rumah.
5/8/2017-Date surat pengesahan jualan.

p/s: masa settlekan payment last di kaunter,pegawai bank pesan suruh CANCEL Standing Instruction.
So Nrl naik balik Auto Finance Centre nak cancel dan pegawai AFC ckp nanti automatic cancel.

So bila check online memang sudah tiada account Hire Purchase🤗


Saturday, 27 May 2017

Travel Kota Bharu Kelantan [Hotel Perdana]

Assalamualaikum

pada 11 - 12 May 2017

nurul dan husband telah pergi ke Kota Bharu,Kelantan

untuk attend wedding one of my pharmacy staff friend :) Amalia

Wedding of the year goes to....

Amalia & Sabri


enjoy the trip guys :)


TRANSPORT

AIR ASIA 
(return)
KLIA2 - Kota Bharu Airport - KLIA2
checked baggage

RM 139.87/Seorang

perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja



Alhamdulillah sampai Kota Bharu :)





sampai saja Kota Bharu kami terus ambil taxi
di Airport Sultan Ismail Petra KB
ke Restoren Kuali Gelegok


Taxi
Airport - Restoran Kuali Gelegok
RM 30

Tips: boleh juga naik Grab boleh dapat harga bawah RM 20  :)




jalan raya di Kota Bharu
signboard di sini mesti ada tulisan Jawi hatta Petronas :)


kami sudah sampai di Restoran Kuali Gelegok 


sangat cantik


Amalia & Sabri
Selamat Pengantin Baru :)


pelamin yang cantik



selepas selesai makan dalam pukul 1.20 pm kami terus beredar untuk check in hotel pukul 2 pm
kami guna khidmat Grab Car yang baru lebih kurang 3-4 minggu di lancarkan di Kota Bharu
(as per Grab drivers story lah)
dan perkhidmatan Grab Car di Kota Bharu sangat awesome!!
Mereka semua sangat friendly dan baik :)

Dari Restoran Kuali Gelegok - Hotel Perdana 
RM 6


HOTEL PERDANA,KOTA BHARU

Kami booking melalui Agoda dan bayar secara online

Hotel Perdana Kota Bharu 

Deluxe Classic with Breakfast

RM 232.19/night
masa check-in bilik kena bayar RM3 di kaunter reception.

kami pilih hotel ini kerana dapat banyak good reviews :)
layanan staff memang terbaik,bilik bersih dan luas,kelengkapan bilik sangat baik.

cuma untuk ke tempat menarik di Kota Bharu seperti 
Pasar Siti Khadijah,Kota Ismail Petra,Masjid Muhammadi,Istana dan lain-lain
 boleh menaiki Grab kos lebih kurang RM 4  :)







swimming pool


meal voucher & access card



here we go



tadaa
 see I told u dy
clean and big room :)
pics mostly from my Samsung A5 camera 
 sebab lupa bawa action cam (T_T)grr




yang sebelah lamp desk tu 
main suis bilik ni



kemudahan yang disediakan











okay selepas kami checked in kami terus solat Jamak Qasar Zohor Asar dan rest sekejap

next plan nak ziarah rumah dan pusara bekas MB Kelantan
Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Grab
Hotel Perdana - Pulau Melaka - Pasar Siti Khadijah
RM 12 + RM 12 : RM 24

Tips : area Pulau Melaka agak sukar untuk mendapatkan taxi /Grab so better
korang book Grab untuk pergi balik sekaligus (deal)


Grab driver ni nama Mohamad Redzuan
dia bekerja sebagai pharmacist 
balik kerja terus buat Grab bawa kami pergi Kg.Pulau Melaka
sangat baik dan peramah 


pusara Tn.Guru Nik Abdul Aziz
al-fatihah




Rumah bekas MB Kelantan
sekitar rumah beliau ada masjid dan Maahad Tahfiz

usai ziarah kami pergi ke area Pasar Siti Khadijah
masa kami sampai pasar Siti sudah tutup waktu petang
pasar sepanjang Jalan Buluh Kubu baru nak buka




kos makanan di atas RM 16


Pasar Siti Khadijah


pemandangan lewat petang



pemandang waktu siang


mural



washroom Sejahtera : RM 0.30/entry




kami beli keropok lekor dan keropok ikan di sini.
kami datang masa Hari Jumaat hanya beberapa kedai sahaja yang buka.
InsyaAllah ada rezeki boleh datang lagi next time.


Kota Bharu Trade Centre

beside Pasar Siti Khadijah

pasar malam 


sebelah kanan Pasar Siti Khadijah
sebelah kiri Bazar Siti Aisyah@Bazar Buluh Kubu


Bazar Buluh Kubu@Bazar Siti Aisyah
Pusat Batik Kelantan



Bazar Buluh Kubu @ Bazar Siti Aisyah





seterusnya kami berjalan kaki menuju ke


Kota Ismail Petra


Pintu Kota Istana Balai Besar
Kota Istana Balai Besar merupakan kediaman rasmi Sultan Kelantan dahulu.
Kota Istana ini siap dibina pada tahun 1845
berusia 172 tahun pada 2017
Istana ini dibina sezaman dengan pembukaan Bandar Kota Bharu



Istana Jahar
bekas istana kediaman Sultan terdahulu.
Siap dibina dalam tahun 1887 (berusia 130 tahun 2017)
Nama Istana Jahar di beri sempena nama sejenis bunga yang menghiasi laman istana ini.
sekarang ia menjadi Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan



Menara Rehal atau Pintu Gerbang 
sebagai mercu tanda Kota Bharu



Masjid Muhammadi 

dibina pada tahun 1867 dari kayu-kayan terpilih dikenali 
sebagai 'Masjid Besar' oleh penduduk tempatan.
1922 telah diubahsuai dari kayu kepada batu konkrit
31 Julai 1931 telah diberi nama Masjid Muhammadi.
Masjid ini telah menjadi pusat penyebaran ilmu agama dan terkenal di nusantara
sehingga Kelantan diberi jolokan nama 'Serambi Mekah'
-sumber wiki-




Bank Pitis
pitis merupakan mata wang di Kelantan pada masa dahulu

kadar parking bertiket di Kota Ismail Petra(2017)
minimum 40 sen
10 sen - 7 minit
20 sen - 15 minit
80 sen - 1 jam

FOOD TRUCK PARK

DATARAN REHAL

mula beroperasi dari 6 petang sehingga 12 malam


food trucks
kami beli mango milkshake ice cream RM 5


selepas lepak-lepak di food truck park kami jalan kaki semula ke Jalan Buluh Kubu
untuk mencari kedai makan malam
so kami makan di

Kedai Makan Cik 555

adik ni ambil order kami tauu
pandai dia :)



Teh Beng Menghea

Kuayteow goreng basah

suami makan tomyam dan teh O beng

Cost total RM 16

Alhamulillah lepas kenyang makan kami ambil Grab balik hotel
RM 4



DAY 2 DI KOTA BHARU

kami breakfast di 
Cerana Coffee,Hotel Perdana
banyak pilihan makanan disediakan :)






pukul 12 pm kami checked-out bilik
dan ambil Grab ke Pasar Siti Khadijah untuk beli ole-ole bawa balik KL
cost Grab :RM 4

Kami beli ole-ole (harga 2017)
keropok lekor basah 3 batang: RM5
Keropok ikan segera SEAmEQ
 1 pack besar(10 bungkus) : RM 13/RM14 (kedai berlainan)

subtotal harga ole-ole kami beli RM 74

korang juga boleh tawar menawar di Pasar Siti Khadijah

kami pergi semula jalan kaki ke Masjid Muhammadi
untuk solat
dataran rehal dan sepanjang jalan masjid
 ada buka pelbagai kedai-kedai jualan untuk jemaah Solat Jumaat.

kami beli Air Yogurt Mangga dan Kebab costly RM 8

usai solat kami lunch di


KB Town Western

tapi menu western malam sahaja so kami order

Nasi Ayam
Maggi Soup
Teh O Beng Laici
Teh O Beng
Teh Beng

subtotal harga RM 18


sedap :)




selepas makan lunch kami jalan-jalan semula di Pasar Siti Khadijah dan sekitarnya
dah puas berjalan kami decide nak pergi ke airport

kami naik Grab Pasar Siti Khadijah - Airport Kota Bharu
RM 15

Airport Sultan Ismail Petra,Kota Bharu







balai pelepasan


sementara menunggu gate dibuka kami solat dan makan di airport
kami just makan KFC costly RM 22

Subtotal kos kami ke Kelantan

Transport KLIA2 : RM 70 (belanja family)
Airasia (2 org) :RM 279.74
Hotel : RM 235.19
Day 1 : RM 104
Day 2 : RM 141.30

SUBTOTAL : RM 830.23 ( untuk 2 orang)



jumpa lagi Kelantan :) Assalamualaikum

actually ada banyak lagi tempat boleh pergi seperti
Wakaf Che yeh,Pantai Cahaya Bulan,Muzium Kraftangan,Menara Jam
next time InsyaAllah..cuti pun tak banyak apakan daya..haha

cadangan percutian di Kelantan boleh baca di
percutian ke kelantan