Saturday, 22 November 2014

Memories:Phones :)

Assalamualaikum dears :)

today entry regarding my phone that I have been used :)

NOKIA 3315
Phone pertama yang nrl guna masa umur nrl 16 tahun
source:google




SONY ERICSSON K300i
source: www.GSMArena.com


NOKIA N70
source: google


SAMSUNG CORBY  II
source: google



Ninetology Insight
source: google

nrl punya color black 
so far phone ni ok lah best :) 


Iphone 4


Samsung Galaxy A5








Thursday, 20 November 2014

Cara install wall fan(kipas dinding)

Assalamualaikum dears

okay nrl tak tahu lah ada orang guna lagi ke tak kipas dinding (wall fan) ni

tapi yang pasti bilik nrl masih guna kipas ni :) korang kan kayo pakai aircond je..hehe

wall fan nrl ni motor dia dah rosak so tadi nrl singgah Aeon Big pergi beli baru

Dulu pakai wall fan KDK (bagus brand KDK ni agak tahan lama jugak)

Tapi tadi cari brand KDK tak jumpa so beli Panasonic wall fan RM 193

So jom tengok nrl install kipas ni ;) 

Nrl pendek so kena pakai kerusi..haha :D

buka kotak tengok items

Produk ni guna 20% kurang tenaga dr produk biasa..sound nice:)

okay..nrl previous pun pakai wall fan so nrl just guna skru penyangkuk fan yang lama saja
(nampak tak ada penyangkuk with 3 screws tu)

okay dekat belakang motor fan tu ada lubang penyangkut so korang just masukkan saja dalam skru penyangkuk kat dinding tu

 
tada!! nanti jadi macam ni :)

then unscrew benda yang anak panah tu 

pasang benda ni

pusingkan balik bagi ketat

keluarkan benda putih yang nurul pegang tu

ambil 2 items ni dan pasang

pasang ni dulu

then pasang penutup hitam ni bagi ketat

lastly pasang item ni

cangkuk kan dia & tekan sikit bagi masuk ngam2

kunci kan dia so that dia takdelah terbuka balik

then pasang plug suis wall fan


Okayy sudah siap..boleh adjust kipas untuk turunkan sedikit

Panasonic wall fan ni ada warranty setahun
kena simpan warranty card

kipas ni laju juga :) Alhamdulillah

kipas ni boleh cuci just open & install balik je cuma motor dia x perlu buka lagi..

ok wassalam




Wednesday, 19 November 2014

Training Penolong Peg.Farmasi HKL :)

Assalamualaikum semua :)

Today nurul nak story kenangan melakukan latihan industri or practical

as 

Pelatih Penolong Peg. Farmasi 
or
Assistant Pharmacist

di 
Hospital Kuala Lumpur

nrl training bermula December 2009 sampai Mei 2010(6 bulan)
Banyak pengalaman manis masa training situ..Best :)

Nrl attached di 
Pharmacy NeuroSains
Pharmacy Paediatric
Pharmacy Galenikal
Pharmacy Onkologi 
Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)
Main In-Patient Pharmacy
Total Parenteral Nutrition(TPN)
Therapeutic Drug Monitoring(TDM)
Store Main Out-Patient Pharmacy
Main Store Pharmacy

Training dengan Sis Nisa Sis Syaza, Faris, Abg Bob & Mega

 










Presentation day

Kak Nisa & Fatin ni memg tinggi sangat!!
Proud to be pendek :)

Wassalam







Selfie Raya :)

Assalamualaikum :)

nrl nak buat kompilasi selfie raya 



Raya 2016



Raya 2015




Raya 2014




Raya 2013





Raya 2012





Raya 2011



Tuesday, 18 November 2014

Saya pilih Takaful Prudential BSN :)

Assalamualaikum dears :)

Pengurusan kewangan yang baik adalah penting untuk semua orang 
termasuklah dengan mempunyai pelan Takaful diri & family

Korang juga boleh dapat pelepasan cukai tau:)

Family nrl memang dari kami kecil dah ada Takaful

Masa kecil ibu kami buat pelan Takaful Siswa di Takaful Malaysia

Takaful Siswa ni macam satu strategi simpanan pendidikan 
sekaligus beri manfaat jika kita ditimpa musibah
cuma Takaful Siswa ni dia punya coverage sampai umur 18.
Takaful dikira sudah matang dan duit boleh dikeluarkan untuk pendidikan di peringkat tinggi.

Lepas tamat Takaful Siswa nurul terus ambil Takaful MyInvest@ Takaful Malaysia

Bayaran sebulan RM100 untuk manfaat perlindungan & pelaburan sahaja

Then 1 day Fatin my BFF perkenalkan satu pelan Takaful 3 in 1 dari Prudential BSN Takaful

Jumlah mungkin berbeza bergantung kepada pakej takaful peserta

Ada medical card, manfaat perlindungan & saving :) 

so nurul terminate Takaful MyInvest dan ambil Takaful Health Enrich Select

dengan bayaran bulanan RM150/month


my takaful card

certificate documents



Pengambilan Takaful ni ambil time  muda dia jadi murah bayaran bulanan & syarikat takaful selalu  sukar terima if kita ada history berpenyakit so semasa sihat ni join la :) for urself jugak

Contoh perbezaan simpan di bank & PruBSN
(pada tahun ke-7 dapat keluarkan duit saving & tinggalkan minimum RM 1K)
Sambil menyimpan dapat manfaat medical card & manfaat jika berlaku musibah
(mohon dijauhkan musibah) tapi kematian itu pasti




juga boleh baca berkaitan Prudential BSN di blogger ariff shah SINI

Kalau dah stabil doakan moga dapat join investment lain pulak

InsyaAllah :)







Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Assalamualaikum

entry ni dibuat sebagai rujukan semua
kalau ada ilmu baik share kan
nak explain face to face nrl busy sikit kerja hospital sorry tau :)
lagipun nanti ter miss & lupa!

hari tu nrl ada post pasal pengalaman & segala kos nrl beli rumah kan


FYI lepas beli rumah korang jangan happy sangat sebab ada baanyakk bayaran yang menanti
kalau duduk rumah strata or bertingkat mcm condo/apartment atau flat ada maintenance fees.


today nrl nak story pasal cara-cara nrl tukar nama pemilikan untuk

TNB
(Tenaga Nasional Berhad)
bil elektrik

SYABAS
bil air

Cukai Pintu
MPKj

IWK
(Indah Water Konsortium)
bil pembentungan

Actually ada lagi satu bayaran iaitu Cukai Tanah
Cukai Tanah ni Encik A memang dah tukar siap-siap atas nama nrl.Alhamdulillah
Cukai ni kena bayar mulai 1 Januari - 31 Mei setiap tahun.
Boleh check SINI utk more informations

bil cukai tanah

SILA BAWA PEN :) senang urusan

Cara Tukar Nama Bil TNB
Nrl buat di TNB Bangi ikut alamat rumah

Borang Pertukaran Nama(ada di kaunter)
Beli 2 setem HASIL RM10 (nrl beli di post office)
Salinan I/C
Salinan SnP/Geran
Duit cagaran bergantung ikut jenis rumah
double storey nrl kena RM250 bayaran cagaran
Bayaran Proses tukar nama :RM 3.00
Bil lama (standby duit if ada tunggakan kena setelkan dulu)
Simpan resit untuk tuntutan semula cagaran

TNB  website


Cara Tukar Nama Bil SYABAS (Kajang)

Borang pertukaran nama (ada di kaunter)
Salinan I/C
Salinan SnP
Bayaran cagaran RM100
Bil lama (kena setel tunggakan dulu)

SYABAS website




Cara Tukar Nama Bil Cukai Pintu (MPKj)

Di MPKj korang boleh pergi ke Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Tgkat 4 Menara MPKj

Bayaran cukai pintu tiap setengah tahun (kira 2x setahun) 
Jumlah bayaran bergantung pada kawasan

Pemilik kena inform Majlis Perbandaran dalam tempoh 3 bulan lepas pemilikan.
If korang stay rumah lain boleh tulis alamat surat menyurat dalam borang if not cukai tu dia hantar ke alamat rumah yang dibeli.

Borang tukar pemilikan (ada di pejabat)
Salinan I/C
Salinan SnP
Salinan Geran/Cukai Tanah
Salinan Bil Cukai Pintu Terkini

MPKj website untuk rujukan

borang 

 bil cukai pintu


Cara Tukar Nama Bil IWK

IWK nrl just guna FAX sahaja

Call IWK toll free 1800 883 495
Bagitahu details no akaun/ alamat rumah kepada pegawai bertugas
Pegawai IWK tu akan bagi tahu dokumen apa yang perlu difaks kan.
Nanti dia akan bagi satu no rujukan.

Dokumen yang diminta time nrl dulu
Salinan I/C
Salinan SnP (page 1,2, page ada sign & page terakhir)
Bil lama (kena setelkan tunggakan dahulu)
setiap salinan ni tulis no rujukan yang diberi.
Then Faks

Beberapa jam lepas tu call IWK double confirm documents received or tak.
Lepas tu IWK akan hantar surat ke rumah.
Bil IWK akan datang 3 bulan sekali. RM 8.00 sebulan

IWK website

ok sorry if latest info berlainan.
ni je yang mampu share
harap bermanfaat untuk semua

wassalam