Friday, 24 January 2014

Steps:Whitening(Putihkan) gigi LumiBrite Brand

Assalamualaikum semua

Hari ni yuyu nak tunjukkan camno yuyu guna 

Take Home Whitening Kit LumiBrite

Dia punya kesan mungkin tak lah putih sangat 
coz brand yuyu beli ni consider paling murah kat Klinik gigi tu.

Ok Lets start!
Sorry kalau macam geli sikit.hee :D



Okay.ada banyak conc actually tapi yuyu punya yang 32% tu.
Guna 3 mins sahaja pakai kat gigi
But seriously! 3 mins tu pun mcm dah x tahan nak buka cepat.

Ni pandangan atas (ceh) set take home kit

Okay..ni lah yang ada kat dalam kit tu.
6 syringes gel whitening dalam bekas tu ada tray gigi yuyu


Tada! okay ni tray gigi yuyu (nilah bentuk gigi den yo)

 Okay sebelum buat.Makesure kena gosok gigi & flossing gigi anda ok
Bagi bersih sikit la yea. Basuh tangan bersih2

Ambil satu syringe whitening gel.Then korang nampak ada kepala kat hujung tip tu korang twistkan sampai tercabut.(Penutup tu jangan dibuang yea sebab kena tutup balik syringe gel tu)
Nak tutup balik kena pusingkan kepala dia dan masukkan je.

Lepas tu korang letak whitening gel tu dalam ruang gigi tu.
PLEASE letak sikit je.First time terletak banyak dan sumpah pedih rasa mcm nak cabut balik dari gigi!
Tahi lalat tu comel kan? hehe

Okay maaf ya gigi tak cantik sangat.
Sekarang ni yuyu tengah pakai tray gigi atas punya.
Tray tu memg dentist akan buat ngam2 untuk gigi kita je..Before pakai makesure ada orang tolong setkan jam 3 mins.(adik jadi mangsa buli).Tunggu 3 mins (memg letih okay+ akan pedih sikit2).
Memg rasa nak buka cepat! Habis 3 mins boleh pergi sinki buka dan basuh tray tu pakai berus gigi.
Keringkan.


Then..buat step yang sama(masukkan gel dalam tray).setkan jam 3 mins.pakai tray kat gigi bawah pula.

Nampak tak macam ada buih2 putih celah gigi gusi..tula buat pedih tu.so jangan letak banyak2.
Buih putih tu boleh lap pakai kain bersih.

Ni gambar gigi masa hari pertama guna.Macam biasa yuyu memg mengaku yang nrl bukan seorang yang compliance..so baru pakai 5 hari itu pun alternate days.(bz keje ok).Should be habiskan till 14 days actually..nanti ada masa yuyu pakai lagi ler.Hasilnya takdelah bersinar2 sgt..kalau cantik tu dorang buat crown bagai woo beribu2 tau..

Sebenarnya ada pantang tak boleh minum coffee,tea or colored food tapi yuyu ni baru pagi tadi dah minum nescafe..haa acano?

ok wassalam
p/s: kalau gigi memg dah naturally putih tak payah la pakai..Berus,Gargle,Flossing je gigi tiap2 hari then jangan lupa scalling gigi 2x setahun.Cis baru perasan salah eja LumBrite.xpela!

















Wednesday, 8 January 2014

Part 1: Whitening a.k.a. putihkan gigi

Assalamualaikum :)

So lets continue my story ok from my previous POST :)

Orang nak gigi cantik..ang pun nak yuyu..suka hati ang la..haha :P
 Jadi tak jadi belakang kira yea dok..atleast aku cuba kan..

Lepas je yuyu pergi Scaling & polishing dekat Klinik gigi Noorazlina.Yuyu pun cakap dengan dentist nak try buat whitening gigi dekat rumah sendiri..kira ambil take home whitening kit.Average harga dari RM400 to RM700 depends pada brand dia..Yuyu of course la ambil yang paling rendah..haha :D takde sponsor.

So dentist buat appointment around 6.00pm date 27/12/2013 untuk buat tray gigi.

Buat tray gigi ni sekejap saja dia macam letak benda ala-ala plastesin dan tekap dekat gigi yuyu..then bila dentist dah dapat bentuk gigi dia akan keluarkan so nampak la bentuk gigi kita tu.Ada dua tray untuk gigi atas dan gigi bawah :)

Dentist akan hantar ke lab untuk buat tray gigi yuyu..wuhuu

4/1/2014 : Klinik call suruh datang klinik ambil tray dah siap & dentist mahu ajar cara-cara pakai whitening kit dekat rumah nanti :)


Tada..ni la tray gigi kita.:D


Dentist bagi pamplet pasal whitening kit ni. Brand Lumibrite.


Lumibrite

 1 set ada 6 whitening gel & tray gigi

Next post yuyu akan bagitau pengalaman guna benda alah ni..hehe :D 


Enjoy reading!







Tuesday, 7 January 2014

Scaling & Polishing my gigi

Assalamualaikum..
woot..woot

setelah sekian lama menyepi akhirnya ada jugk free time nak update blog ni..
fuh2 penuh sawang dah yuyu.

Tanggal 26/12/2013 yuyu ada buat appointment untuk jumpa dentist pada pukul 10.00 pagi.

Lokasi di Klinik Pergigian Noorazlina di Taman Putra Kajang.
Betul-betul sebelah plaza tol Sg.Ramal (Silk Highway).
Actually yuyu 1st time pergi klinik gigi ni & klinik ni pun masih baru kat situ.
So nurul pun dah setahun lebih TERLUPA nak scaling gigi jadi yuyu  pun buat keputusan untuk pergi scaling & polishing kat situ.

Dentist dia very friendly & gojes tau :)
Klinik yang cantik & bersih juga.
Pesanan khidmat masyarakat : Jangan lupa scaling gigi 2x setahun ok :)

My appointment card.Cantik kad dia color purple pink!

Pintu masuk then kena naik tingkat 1

Nak masuk kena tekan loceng ok.
Assistant akan tekan bila dengar bunyi then baru masuk ok

 Masuk klinik kena buka kasut ok.
boleh pakai ni kat dlm klinik

Ini kaunter register.1st dtg kena bagi I/C utk rekod pastu duduk sat dekat 'waiting area' before assistant panggil nama kita.

Waiting area .Boleh tengok Astro.dah mcm duk rumah rasa..haha


Ada water dispenser juga kalau nak buat air milo ke.
Nak membaca ada magazine & paper juga.So takdela bosan sgt kn ;p

Klinik gigi ni juga ada sediakan surau & toilet(ofkos ler) hehe.

 Lastly SMILE ALWAYS :) 

Korang boleh terjah blog Dentist 2b ni mengenai senarai harga rawatn gigi di Malaysia

Wassalam. :)