Sunday, 28 July 2013

Mencari Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum sahabats

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA 

untuk berusaha mencari Malam Lailatul Qadar


Saturday, 27 July 2013

Dispense ubat artis

Assalamualaikum sahabats.

Malam tadi yuyu kerja nite shift (27/7/2013)

Agak teruja juga sebab dapat dispense ubat kat retis comel ni.
Memg minat group Solehah since dorang kecik molek lagi.

BIENDA (^_^) 
Si comel bienda.
Sorry yuyu agak selekeh di situ coz kerja nite shift.
paham2 jela.hee

Before ni ada artis lain juga antaranya

*Nadia Mustafa*
*Saida AF*
*Shiha Mentor*
* Mafa (vokal bukan sekadar rupa)*

masa dispense mula-mula macam tak perasan sangat pun..
and ade yang yuyu tak kenal pun..(tau pun lepas orang inform)..hehe
coz mereka tak make-up sgt mcm dlm TV kan
lama-lama tengok baru perasan retis rupanya..
so far mereka okeylah..low profile (^_^)


Ada jugak retis lain yang TERjumpa kat luar..disebabkan yuyu agak slow bab retis2 ni so no reaction sangatlah..cuma Bienda je teruja sebab dia comel.haha.(^_^) kalau jumpa Izzue Islam or retis bertudung minat gak lah nak bergambar..

p/s: yang tak minat tengok tv ni la yang duk jumpa retis bagai.untung laah.haha
tak yah gi konsert pun depa mai sendiri.so korang jangan tengok tv yea..lagha2..tengok Qari Junior ok.



ok.wassalam kawan2







Saturday, 20 July 2013

All about my Saga BLM :)

Assalamualaikum semua :)

Pada 10/7/2013 saat 1st day
kita berpuasa nurul telah di uji dengan dugaan apabila my 'B' bergesel dengan lori. (T_T)

Mohon dijauhkan Ya Robb dari kecelakaan next time.


Alhamdulillah cermin je pecah.(T_T)


Then for 5 days nrl drive no side mirror.huh.
tawakal jela guna front mirror.

Pada 14/7/2013 nrl & ayah pergi bengkel beli side mirror baru.
Alhamdulillah sekejap brother tu semua buat.
Nasib manual punya side mirror.So senang sikit nak pasang.

 Bengkel (Bumiputera)
Tmn Sri Indah Balakong

Ayah beli side mirror baru.
price RM68.(^_^)

My 'B' waiting for repair.


Tada!(^_^) Alhamdulillah

Sila berhati-hati di jalan raya.
Baca doa naik kenderaan ok.



TUKAR SPORT RIM KERETA

Alkisahnya sebab baru tersedar kena tukar tayar haha
bayangkan 5 tahun nurul tak pernah tukar tayar (T_T)
adalah 1 tayar pernah tukar tu pun sebab pancit terus tukar baru je terus.haha
Harga tayar tu RM140 tukar di bengkel area rumah

So hubby contact kawan baik dia nama Mizi 
pasal tempat nak tukar tayar dan sport rim sekali
So Mizi recommend kedai ini

WE AUTO WHEELS & TYRES
(Pandan Prima) area Tesco Ampang
4/2/2016

SUBTOTAL : RM 1470

gambar dari FB
masa nurul pergi tu kedai dia guna sign board ni
rasanya sekarang sudah tukar sign board baru





Tayar kereta asal :)



Tayar kereta baru 

195/50/15 EP 200 Bridgestone BS





TUKAR BRAKE KERETA

Hubby perasan ada bunyi something bila tekan brake kereta
so 1/6/2016
hubby nurul bawa kereta ke bengkel area Batu Caves
BENGKEL USHA MAJU

SUBTOTAL :1016




TUKAR BATERI KERETA

2 kali nurul sudah tukar bateri kereta
tiap 2.5 tahun nurul tukar lain



1st : Niko SMF Bateri



2nd: Izu Bateri 

Harga : RM 205 (2016)
tanpa trade in bateri lama

Tahun 2016




TINTED CERMIN KERETA

Date : 21/7/2016
Kami buat tinted cermin kereta di Hulu Langat
masuk saja laluan ke Hulu Langat kedai berada di sebelah kanan jalan
sebelum SMK Nanding

Kedai tinted dia kecil saja boleh muat satu kereta
Ada signboard tulis Tinted 4 Cermin RM48

so kami buat tinted 4 cermin pintu kereta berharga RM 48
dan tinted sedikit bahagian atas cermin hadapan RM 10

SUBTOTAL :RM 58

tinted cermin hadapan bahagian atas


pekerja sedang memasang tinted kereta






TUKAR SPORT SPRING 4FLEX

Date : 31/12/2016
Location :Bengkel kereta Meru Klang

Contact person : Bro Azhar
0112-0579688 (Whatsapp)

Sport spring 4 Flex Saga BLM (1 set) 
RM 380

Upah pemasangan : RM50 (promo)

SUBTOTAL : RM 430
bengkel kereta di Meru Klang



selepas selesai pasang sport spring 4flex 
kami buat alignment dan balancing tayar di 
kedai tayar Jaya Bersama Resources, Ampang Waterfront





alignment dan balancing tayar : RM 45

Tuesday, 16 July 2013

Renew Takaful & Roadtax Kereta

Assalamualaikum.

Tanggal 10/7/2013 yuyu apply cuti coz nak uruskan segala urusan and the BEST THING is that day 1st day PUASA..
alhamdulillah (^_^)

Pagi lepas sahur yuyu plan untuk pergi renew Takaful my lovely B.
My 'B' yang hitam menawan tu.3 tahun berkhidmat.Alhamdulillah soo far my 'B' sangat2 baik and dont have major problem!.Syukur ya Robb.

Pagi tu pergi Putrajaya renew my 'B' punya takaful till 2014 @ Takaful Malaysia
Bagus Takaful ni..if no claim then yuyu dapat cheque RM 99.76.Ok lah tu rejeki juga dari tak dapat langsung.(^_^) Alhamdulillah.


Doakan tiada apa-apa jadi kepada my 'B' yuyu.Aamiin.

Step renew Takaful.
1) Ambil no.giliran untuk renewal.

2) Take a seat.

3)Usually Takaful will send letter 'notice of expiry'.Bring this letter so mudahkan staff buat kerja.

4)Bring your money la opkos.my 'B' cc kecik so Alhamdulilah takdelah riban2.Still below 1k but still fulus kan..hehe.

5)Staff call your no.Bagi lah salam sikit.Bagi letter 'notice of expiry' tu dekat dia dan duduk diam2.

6) Korang boleh bincang tentang sum covered berapa RM nak ambil based on harga pasaran kereta kalian.Jangan over insured ok coz time nak claim nanti hanya dapat mengikut harga pasaran time tu.Bila ikut harga pasaran nilai akan susut.So takaful contribution sikit nak bayar nanti.Kereta makin lama akan susut nilai dia..bukan macam rumah yea.Korang juga boleh if nak add lagi mana parts of your car yang nak korang takafulkan eg like cermin kereta.

7)Kalian juga akan dapat NCD..Apa tu NCD? Maksud dia No claim discount.Kira sepanjang tempoh kereta dlm takaful korang if tiada apa-apa excident then korang akan dapat discount ni.Mohon doa dijauhkan la kawan2  dari sebarang major excident.If excident kecil-kecil tu just kaumtim jela coz macam tak berbaloi je nak claim.hehe..NCD juga akan makin bertambah mengikut tahun.Korang boleh tengok blog BRO NI..

8)Staff tu akan calculate dalam sistem mereka and DONE!sekejap sangat-sangat.Amount tu opkos lah akan reduce sikit dari apa yang terpampang dekat letter 'notice of expiry' tu.(^_^).

9)Lastly buat payment dekat counter yang sama juga dan staff akan bagi salinan 'Confirmation Slip'.Sila check then boleh balik dengan senang hatinya!Alhamdulillah.


Sesiapa yang still pakai insuran konvensional..boleh tukar lah ke Takaful (^_^)

Belum lagi!Dush2..lepas settle part Renew Takaful.Korang kena renew ROADTAX pula yea.Roadtax tu benda alah yang tampal kat cermin kereta depan belah kiri tu.Yang warna merah tu.

Yang ni senang je boleh renew online pakai Myeg atau kalian boleh buat manually dekat Pejabat Pos berkomputer.

If nak tahu cara renew roadtax online boleh terjah BLOG INI
Cara ni yuyu tak pernah guna ok.So tak tahu sangat.sorry!

For me.Yuyu suka manual je senang sebab pejabat pos area yuyu kerja ada kat rumah ada.senang (^_^)

Step renew roadtax

1)If manual macam biasalah kena bersusah payah sikit dapatkan geran dari Bank yang kita apply untuk loan kereta dulu tu.Macam yuyu alhamdulillah geran yuyu pegang tapi kena sign2 sikit la dengan pihak bank.

2)Bawa geran kereta pergi Pejabat Pos dengan senang hatinya.(^_^) macam ni.haha. ok again duit jangan lupa bawak.My 'B' yuyu RM 70 setahun.

3)Make sure sebelum renew roadtax korang dah renew Takaful kereta ok.

4) Ambil no.giliran & waiting.

5)Kalau boleh pergi awal sebab urusan JPJ pukul 6.00pm dah close (ini untuk pejabat pos yang buka sampai malam la) mcm kat Jusco tu.

6)Staff tu panggil no.giliran korang sila lah beri geran.Nanti staff akan tanya dah renew insuran?Jawab jela yea sudah.(^_^).Bayar nanti dia akan bagi la paper yang nak kena tampal kat kereta tu macam pic bawah ni.

Alhamdulillah.


Bila mana si gadis kecil kena buat tugas orang dewasa.(^_^)


Wassalam guys.Selamat berTakaful!







Monday, 15 July 2013

Buka & Sahur Sebagai staff hospital.

Assalamualaikum sahabat.

Yuyu nak story pengalaman berbuka dan bersahur sebagai staff hospital.

Biasalah kerja nite shift kan.(^_^)

13 & 14 Julai 2013 haritu yuyu di tugaskan kerja nite shift.Time tu puasa ke 4 dan ke 5 la.

Masuk kerja 9.00 malam so lepas azan Maghrib solat terus drive pergi kerja.

That day yuyu berbuka di Aeon Big.Alone.haha.its okay coz nak rushing pergi kerja kan.

Yuyu singgah bazar Ramadhan berhampiran di BTHO beli my favourite spageti.RM6.oo.


Bazar Ramadhan BTHO

Berbuka di Aeon Big sambil shopping food untuk sahur

Suasana @ food court Aeon Big.Ramai juga orang berbuka kat sini
(^_^)

Menu Berbuka

Spageti Chef Nabil.Nice taste.Worth it coz murah la dari fast food lain kan.
Beli Milo Ice di Food Court Aeon Big.



Menu Sahur
Roti Gardenia.Cheese.Daisy Marjerin,Air Chrysanthemum Tea

Simpan dalam fridge dulu.Additional Susu Anlene Choc.
Nyum2


Itulah pengalaman kerja nite shift di hospital.Lonely but its okay.
Kan ada si kuning Digi so tak bosan sangat.
(^_^)

Ramadhan Kareem Sahabat!
Wassalam






Thursday, 11 July 2013

Puasa di hospital.# Cukup sekadar Ada.

Assalamualaikum sahabats.

Today 2nd puasa kan?

Alhamdulillah!(^_^)

For my 2nd day puasa ni..yuyu kerja evening shift..

2.00pm to 9.00 pm

kat my work ler..hospital (^_^).Pharmacy Dept.

and the best part BERBUKA PUASA dengan my kakak Winnie!

wah tak sangka dia nak tunggu nurul berbuka baru dia nak makan.

Nurul tak kesah lah dear sista! Nurul kan kuat harimau!

My menu berbuka puasa..

Susu Anlene Chocolate & Curry puff girls (^_^)
why susu half? sebab saya compliance BD dose..so dah evening kan amek 1 dose cukup.(half  ler)
BD is twice daily


Abaikan my 'black eye' peas tu.Yuyu ni workaholic sikit nite shift.
So sila paham mata lebam tu.pls.pls.pls..Jauhkan CODE BLUE nite shift..aamiin

Winnie..berbuka together2..before she continue study..
gonna mish u kakak!
Jadi Best Student lagi sekali tau!
She was Best Student from her college..her name pernah masuk paper woo.
dun play2 haa.Masuk air boleh tahan juga..haha (^_^)

 Our menus..Winnie makan nasi lauk belut.

Winnie : Handle patient sambil jerit.Adik nak rasa makan lah..buka nasi tu..
Me: Owh yeke..(sambil buka tengok penuh excited)..Kak ikan apa ni?
Winnie : Belut.
Me: Huh! Ingat ikan pari..uwaa
Winnie: rasa lah adik..
Me : Baby tak makan..takot.
Ok just nak bagitahu itu lauk belut.

She eating penuh selera..wow! 

 Actually susu ni baru beli from Anlene company.So prepare then masuk fridge ubat!
Great! (Jangan tiru aksi ini) Si degil.

Simple menu for berbuka puasa enough already lahhhh..
Jangan membazir guys.
Nanti duit raya nak bagi cousins nak cekau duit sape?tet! (^_^)

Sederhana itu indah.
video
Tak tahu motif letak video ni..haha..layan jela

Tapi kalau ada orang nak sponsor iftar den ON je.










Sunday, 7 July 2013

Seminar Hartanah bersama blogger 'Abang Ensem'.

Assalamualaikum dears

Pagi tadi(7/7/2013) nurul attend talk 'Seminar Hartanah bersama blogger Abang Ensem'.
THANKS blogger Abang Ensem sebab pilih nurul sebagai pemenang hari tu.
So dapat pergi talk secara percuma plus dapat buku.
Alhamdulillah (^_^)
Tadi nurul datang dengan adik lelaki nurul.

Banyak ilmu berkaitan hartanah yang nurul perolehi dan juga berkaitan hal-hal dengan lawyer semua.Waa..nrl rasa nurul girls paling muda kat situ..Jarang dapat class penuh lelaki sebab dulu sekolah girls dan university pun ramai girls kat class sebab belajar pharmacy..agak segan di situ (^_^).Tapi takpe demi ilmu!

Nurul belajar berkaitan investment hartanah,modal,site viewing,market value,process pembelian rumah sub-sale,berkaitan process house loan dan cari lawyer untuk beli rumah dan pelbagai lagi dari blogger Abang Ensem atau nama sebenarnya Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi..Then stop tea break dan makan kuey teow,sambal telur dan kuih muih.Lepas tu talk start balik tapi kali ini di sampaikan oleh lawyer from Khairil & Co..Lawyer explain berkaitan lawyer work progress dalam pembelian rumah sub sale..Alhamdulillah dapat juga ilmu sikit2..tapi ilmu ni lebih menjadi kalau kita merasai sendiri pengalaman beli rumah itu..fuh cukup lah yang satu ni pun sudah ikat perut nurul..(-_-") macam mana Abang Ensem boleh ada 14 rumah..Anda memg hebat!Alhamdulillah murah rejeki AE..hehe (^_^)

Bismillahi tawakkaltu a'la Allah~

Here we go.Tingkat 3 PKNS Bizpoint Seksyen 7 Shah Alam


Talk by Blogger hartanah Abang Ensem start @ 9.00am

 Little yuyu (nampak ke duk belakang tu..haha) dala yuyu kecik kenot beside me my adik lelaki
rasa mcm masuk class engineering plak (-_-") ramai laki

Talk by Lawyer from Khairil & Co after tea break

 Ceh macam retis AE orang mintak sign..fuh!


See..macam retis kan siap snap pic dengan blogger AE


Most wanted girl beside the retis blogger AE 

I bought 1 book from AE which is 'JANGAN BACA BUKU INI' RM 20
 dan lagi satu buku tu 'JANA WANG DARIPADA HARTANAH' dapat present menang contest AE.

U M.A.K.E M.Y. D.A.Y
Alhamdulillah Ya Robb
(Nasib adik nak ikut kalau tak..tak sampai lah jawapnya..Thanks Udin..Ceh)


















Friday, 5 July 2013

Allah swt & Muhammad from KecikBulat Craft

Assalamualaikum sahabat semua.

Yeay! Alhamdulillah arini lebih excited sebab dapat Felt Craft kalimah
ALLAHswt & Muhammad saw
Cantik sangat-sangat!(^_^)

THANKS KecikBulat Craft

Yuyu nak letak dalam Si Black  yuyu punye front mirror tu.
Yuyu beli RM 10.
Kalau korang nak juga macam yuyu punya ni korang boleh tempah dekat

Colours ikut pilihan hati kalian ok!



L.O.V.E  T.H.I.S  T.O.  D.A.  M.A.X
Wassalam



Thursday, 4 July 2013

Kecik Bulat Craft:The Key Chain of Baby & Kakak

Assalamualaikum dears

Aritu yuyu ada story pasal nurul shopping sakan dekat KecikBulat Craft kan..

Tadi (4/7/2013) yuyu dah received lagi 2 items from them!
Yeah!Alhamdulillah (^_^)

Let me show u these Super Awesome Craft
Key Chain Names
Baby (Nurul) a.k.a Me?? & Kakak (Atul)
Dont get confused.got story behind these names..hehe
Model 5 minutes
Kakak a.k.a Rabiatul Adawiyah.I am 7 years old.


Her gedik start already.

See I told u..her gediks in stage 1 (yuyu tak pernah ajar dia pose begini.haha)

Her gediks increasing to stage 3. Banyak tengok K-pop ni.
(-_-")
Tapi kat rumah mana ada Astro bagai ni..hurmm confused where she learned doin tis types of gedik pose.
Yang pose ni yuyu ajar.(^_^) 


Ni pose permintaan dia sendiri. Again wondering where she learned?
Atul:Tangkap pic tengah baca..tengah baca..
Me: ok (-_-")

Lastly pics key Chain baby & kakak from KecikBulat Craft.

Itulah kisahnya.berakhir sudah..kakak pun dah tido.Basuh kain pun sempat update!Cet!
Wassalam.
Kalau nak juga boleh tempah Kecik Bulat Craft
Iam not their dealer just share for help them saja coz she is my pharmacy friend.