Posts

Showing posts from June, 2013

Kecik Bulat Craft yang Superb Cute!

Image
Assalamualaikum dears (^_^) Pagi tadi (30/6/2013) Yuyu received my bantal bucuk Little Yuyu dan my Key Chain House Sesiapa yang berminat untuk tempahan nak bagi hadiah or untuk manjakan diri sendiri dengan barang-barang yang superb cute ni boleh tempah dekat  Kecikbulat Craft Korang boleh design sendiri korang punya corak (^_^) Colours dia pun memg cantik & hasil yang awesome serta jahitan yang kemas. Yuyu pun dah shopping RM60 dekat situ sebab teruja dengan macam-macam design. Korang beli lah! Now counting days waiting for my 4 items from KecikBulat Craft. Depan  Belakang Nemo? Siapa nemo? Tet. Memg yuyu yang request design kosong ni sebab nak buat tido kan..tidak mahu messy2 sangat. Korang nak banyak bunga or pape boleh bagitahu mereka. My House Key Chain Flower@ my telepon Pink anywhere..(-_-") jangan maroh adik kakok..hehe Lagi 4 items yuyu post later OK.dalam proses nak buat..teruja about da result!

Wall MakeOver By Na from Nadia Farahida

Image
Assalamualaikum semua Saya nak  www.nadiafarahida.com  memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana saya berminat sangat-sangat nak buat wall make over dengan company  Wall MakeOver By Na  ni.design-design mereka sangat banyak dan cantik sangat..tapi apakan daya kerana kekangan masa dan kefulusan yang mengering laju ni membuatkan saya hold dulu untuk menyimpan duit bagi mendirikan masjid.Mana tahu rezeki saya kali ini..Keterujaan mengatasi segalanya pabila nadia farahida mahu mencari 3 rumah untuk di makeoverkan dindingnya secara percuma..Tambah lagi dengan company yang saya minat ni..apalagi dengan lajunya saya menaip keyboard ni..Harap sangat-sangat supaya nadia dapat pilih rumah saya ni..mana tahu rejeki saya kan..Berkenaan design from company ni saya lebih berminat sangat dengan design polka dot ni yang warna ala-ala pink girlish gitu..hehe..kalau dapat memg super super cantik lah rumah den ni ha..bling-bling mata ora

Dapat duit dengan blog:Nuffnang Ads

Assalamualaikum dears Yuyu ni rajin jugak blogwalking blog-blog orang lain kalau ada masa lapang. Dari takde blog terus teringin nak buat blog.  Matlamat utama adalah nak share lah informations about < Lifestyle > <Religion > < Health > <Travel > < Shopping > < Best Moments > Dan macam-macam lagi lah!hehe Terjah blog mereka semua ada ads yuyu je takde lagi..huhu So tadi blogwalking terjodoh pula dengan blog  lobaksusu yang gojes ni tentang cara buat duit dengan Nuffnang Ads So apa lagi baca sampai habis terus register Nuffnang Ads.hoho. Kau lupa ye yuyu besok kerja morning shift..hasudah.. So pape pun THANKS sangat-sangat kepada gadis blog itu atas perkongsian maklumat dari beliau. So sesape yang teringin nak cuba try test Nuffnang Ads boleh terjah  Nuffnang Malaysia Chaiyok!

Jerebu & Mask N95 & Pharmacy

Image
Assalamualaikum sahabat. Kusangka tenang sampai ke petang..rupa-rupanya jerebu di tengahari. Alhamdulillah so far kesihatan yuyu masih terkawal lagi.Mohon jangan sakit Ya Robb. Since hari Ahad (23/6/2013) jerebu telah mula melanda Selangor dan KL.Time tu yuyu kerja sebab di pharmacy ada stock take..Makin ke petang hinggalah sampai hari ni(24/6/13) jerebu makin teruk dan sekolah-sekolah area sini terpaksa di beri CUTI ok. Ada yang online sampai ke pagi la jawabnye.. Langkah-langkah keselamatan yang korang perlu ambil ketika musim jerebu 1)Kurangkan aktiviti fizikal luar rumah.(Jangan tetiba rajin  nak gi joging la berkebun la.Bahaya ok.(Semalam jumpa ramai org yang bawak anak2 keluar pergi beli barang.,tak kesian kat anak ke?)Pergi suh sorang beli cukup.yang lain duduk umah diam2) 2)Sentiasa berada di dalam bangunan.Kalau ada urusan luar pastikan memakai mask(topeng muka).Buat masa sekarang the best mask N95 tapi bukan semua boleh pakai..Size utk kanak2 juga t

Cetak penyata KWSP dengan lebih mudah!

Image
Assalamualaikum my dears friends. So how your work today guys? Yuyu alhamdulillah ok saja.(^_^) Kepada yang sudah bekerja semua..korang perasan tak dekat slip gaji korang akan ada colum 'deductions'. Ke korang tak ambil tahu langsung.. Bahaya ok kepada korang-korang yang tak ambil tahu langsung tu. Lepas ni selalo lah check slip gaji korang k. Dekat deductions tu selalunya akan ada potong KWSP dan SOCSO dan etc. kalau kerja goverment yuyu tak pasti pula. Potongan KWSP tu bermaksud company korang telah mencarumkan duit GAJI BULANAN korang semua dalam KWSP. KWSP a.k.a KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA atau english nya EPF (Employees Provident Fund) So,tak kan lah kalian semua tak nak ambil tahu duit kalian semua ke mana? So untuk lebih bijak lagi korang kena ada inisiatif untuk check korang punya penyata ok. Sekarang ni semua dah jadi mudah je.KWSP ada letak kan kiosk pintar (bentuk macam machine ATM) kt kebanyakkan pejabat mereka,bank dan UTC.

Macam mana nak buat blog?

Image
Assalamualaikum geng bloggers sekalian. Kepada bloggers especially yang newbies semua. Sesiapa yang nak belajar pelbagai tutorial mengenai blog? Orang kata kita jangan kedekut ilmu kan..hehe.. Tapi bukan nurul yang buat la sebab nurul BZ kerja.. ada sorang sahabat blogger yuyu yang baik hati buatkan.  CIK EMAS PUTIH baik kan dia. So kepada sesiapa yang nak belajar tu korang boleh click blog Cik Emas Putih ni. -> TUTORIAL BLOG <- Terima kasih byk kepada Cik Emas Putih kerana info ini :) Syukran ya ukhti.

Falling in Love with Ketika Cinta Bertasbih

Image
Assalamualaikum sahabat :) Ok..cerita ini mungkin agak basi bg addicted movie marathon.tapi seriusly yuyu bru je tengok cerita ini..hehe..Just wanna tell u that nurul falling in love with cerita Ketika Cinta Bertasbih.Fuh! KCB 1 & KCB2 Cerita yang penuh maksud tersurat dan tersirat saat menontonnya. Sebuah cerita daripada adaptasi novel karya saudara Habibburahman El-Shirazy. Secara jujurnya nurul bukan kaki novel & nurul belum pernah baca novel ini.Tapi nrl dapat merasakan bait-bait ayat dalam novel pasti lebih dramatik..hehe Dan secara jujurnya..dalam banyak cerita Islamik yang dimainkan sebelum ini tidak bisa menggugat movie ini.Malah pelakon dalam cerita ini juga dipilih dengan penuh teliti.Syabas! Antara ilmu yang yuyu peroleh dari movie KCB ini antaranya :) 1) Mas Azzam yang gigih bangat membantu familynya di kg kerana ketiadaan ayah mereka.Sifat ketua keluarga yang harus dicontohi. sanggup jual bakso ya mas. 2)Kepentingan mencari ilmu dlm kehidupan.Jauh nun

Hadiah penuh makna : The Mafla Palestin

Image
Assalamualaikum sahabat (^_^) Tanggal 13 June 2013 saat usai solat zuhur dalam bilik. Adik : Tok.tok. along ada barang sampai. Nurul : Barang apa..(separuh sedar sebab balik kerja nite shift) (n_n'') Adik : Ada kotak..pos laju hantar.. Nurul : wah! hadiah fatin dah sampai..(^_^) alhamdulillah..hehe.. Terus segar tau..hehe Mungkin kamu semua akan cakap..ala mafla je pun..tapi tahu tak mafla ni sangat2 bermakna buat nurul tahu ngak? 1st )Dah lame sgt nak beli mafla ni..hari tu cari kat pesta buku tapi tak jumpa..so sad 2nd) Telah dijadikan hadiah oleh sahabat yuyu ni..Fatin Nadia..makasih ya Nadia :) syukran ukhti. 3rd) Tanda sokongan atas pembebasan palestin melalui Aqsa Syarif..korang juga boleh beri bantuan kat  AQSA SYARIF sekarang ini isu rakyat Syria juga..doakan sahabat2 kita yang tertindas di sana..aamiin Lastly thanks sangat2 sama gadis comel Fatin Nadia Rusli atas hadiah ini..so sweet dear ;) wassalam!doakan sahabat kita yang dizalimi