Tuesday, 18 October 2016

Jom tukar ke KWSP Simpanan Shariah

Assalamualaikum guys

Bermula 8 August 2016
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
a.k.a
KWSP

telah melakukan inisiatif untuk mewujudkan dan menguruskan pelaburan dalam simpanan kwsp kita mengikut shariah yang akan dipantau oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah yang dilantik KWSP.

100 billion dana patuh shariah telah diperuntukan bagi tahun 2017
Bagi melayakkan ahli KWSP mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017,ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah sebelum 23 December 2016  tertakluk kepada baki dana yang tinggal.
Jika dana patuh shariah telah habis maka ahli kena tunggu untuk dana patuh shariah akan datang pula.

Ahli yang telah bertukar ke Simpanan Shariah tidak boleh kembali kepada Simpana Konvensional.


Dalam bulan August 2016 nurul pun pergi ke KWSP Kajang untuk tukar kepada Simpanan Shariah
masa awal-awal dulu memang ramai orang datang ke KWSP tapi pegawai KWSP Kajang sangat cekap dan pantas hanya tunggu beberapa minit  no.giliran sudah dipanggil pergi kaunter bawa kad pengenalan dan kena cop jari selepas itu pegawai KWSP akan bagi 1 salinan kepada kita sekejap saja sudah siap!

dalam beberapa hari akan dapat mesej melalui phone menyatakan permohonan kita sudah lulus.
Alhamdulillah :)


Selamat Mencuba!






Untuk bacaan lebih jelas boleh click pada gambar :)





sumber:www.kwsp.com.my





2 comments:

  1. Salam singgah sini....MD belum lagi bertukar ke simpanan shariah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..klu free mardiah bole pergi next time tp before end december this year tau..buat dia sekejap je awk :)

      Delete

Thanks for reading :)