Johor-Melaka-Negeri Sembilan in 1 day :) Part 2 Kota Melaka & Pantai Klebang

Assalamualaikum semua

okay part 2 nrl nak story time pergi Melaka pula.
Dari Muar kami terus pergi ke Melaka ikut Lebuh AMJ.Sekejap je dah sampai :D
Parking kat tepi jalan berhadapan dengan hotel.Kena beli kupon letak kereta.

okay this is 1st time for me nampak benda ni.Selalu bayar kat mesin je kan.
RM 0.60 sejam tapi hotel ni jadi org tengah so price jadi mahal sikit.
Kena main gores-gores then letak kat dashboard

Pic credit to www.melakashop.com
Ni lokasi tempat-tempat korang boleh pergi kat Melaka
Tapi kami tak larat nak jalan semua tempat.(T_T) cuaca tak izinkan panas terik
Just bergambar area Melaka & masuk Muzium Kesultanan Melaka(Sultan's Palace)

Sampai je Melaka terus nampak Menara Taming Sari ni.
Harga untuk dewasa RM 20 (I/C holder) Child below 12 RM10
Dia ada student price and package boleh visit sini Menara Taming Sari
Ada sesi bergambar juga if nak beli price lain la.

Kami terus ke Medan Samudera.
Tempat tu ada jual pelbagai souvenir untuk korang bawak balik dari Melaka.
Ada lagi satu tempat nama Heritage Gallery.Yang ni kami tak pergi.

Mai & Nabila tengah semangat usha barang
Kat Melaka ni yang famous belacan, cencalok, gula Melaka , paste asam pedas

again

see Mai kusyuk tengok brg!! :D

Shopping2 (^_^)

Opposite Medan Samudera tu ada 
Muzium Samudera(yang kapal besar belakang tu)
kami tak masuk just tangkap pic luar je :)


Sweet couple Sis Lina & Hubby 
Nabila & Mai walking along the street.Tepi tu ada Muzium TLDM




A famosa Melaka
Masuk Muzium Kesultanan Melaka.
Dewasa RM 2

Selfie kejap muka penat

Pakaian rasmi Sultan & Permaisuri

Lepas selesai kami terus pergi ke Pantai Klebang Melaka untuk lunch

Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang

Kami lunch di Medan Selera Persisiran Pantai Klebang Gerai No 10

Menu nrl nasi ayam sedap & melatah gulai siput sedut 



Selera sungguh korang! :D

Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang special sikit.
Mereka guna bus lama old school modified jadi kedai, hotel(bustel) & toilet :)

kedai bus tu ada open table makan tepi persisiran Pantai Klebang tu

Lepas lunch kami pergi ke Submarine Museum(Muzium Kapal Selam) dekat area situ juga
Jalan dia belum siap sangat tapi dah boleh masuk.Dewasa RM 3


Tu dia Kapal Selam

Kawasan sini berangin & pasir putih.

Suasana dlm kapal selam.Hanya orang bersize kecil mampu bertahan dlm ni.
Laluan agak sempit.

                
Then kami pergi ke 
Klebang Original Coconut Shake
Lot 130 Solok Kg Bahagia
Klebang Besar 75250 Melaka
013-6485496
12pm-7pm

Kena beratur panjang tapi takdelah sampai 1 jam beratur..hehe
Tempat ni agak famous jugak okayy!Price pun murah je
Coconut Shake biasa RM2 & special RM 2.50(bungkus)

Kena beratur luar untuk bungkus.Ada kedai untuk minum2 tapi kena masuk dalam.

Gigih kami beratur.

Tada!!Alhamdulillah :)

Kami singgah Medan Selera Rembia beli otak-otak untuk amoi


Next entry journey kami pergi Port Dickson Negeri Sembilan pulak!















Comments

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)