Dobi Baju @ Dobi Layan Diri AquaNano BTHO

Assalamulaikum readers

hari tu nrl driving lepas balik Aeon Big then 
ternampak satu self service laundry baru buka kat area Bandar Tun Hussein Onn
so apa lagi today nurul pun try jela kat situ

kadang-kadang balik kerja shift or balik dari holiday tak sempat nak basuh baju korang yang banyak tu..Korang boleh je try pergi self service dobi macam ni.Kalau cuaca tak menentu kerap hujan pun boleh cuba dobi ni.

Why?

Jimat masa
( approx 1 hour)

Jimat tenaga
(waiting je kat kerusi boleh g makan minum baca buku goyang kaki main wifi lagi)

Free wifi okay :)

Easy to use
Dia akan tunjuk cara-cara nak guna mesin dont worry!

Besar washing/drying machine
(14 kg nak basuh selimut tuala comforter pun boleh)

Affordable price
Macam nurul selalu guna washing machine pakai cold water je so charge RM6(14kg)
for drying nurul selalu ambil masa 24 minutes sahaja charge dalam RM 4
Total RM10 (anggaran dalam 1 week punya baju lah)

Mesin ni guna coin RM 0.50 yang dimasukkan dalam mesin.
Tapi korang jangan risau sebab ada mesin coin changer disediakan :)
Masuk je duit kertas nanti dia bg syiling 50 sen

Aqua Nano Laundry BTHO ni special sebab detergent & softener free of charge!
Tempat pun bersih dan kemas je.Owner Melayu sempat jumpa tadi dia siap cakap TQ sudi datang :)
InsyaAllah saya akan datang lagi.

Hujan 

coin changer

masukkan baju dlm mesin

tutup mesin dan lock

masukkan syiling 50 sen

pusing ke kanan button start if nak tukar water ada cold /warm /hot water
(price different based on water)
then tekan button start tu pastu biar mesin tu running dalam 27 minutes
time ni bole la buat apa-apa yang patut.

ada mesin minuman disediakan

dah selesai cuci ada bakul disediakan boleh transfer pakaian ke drying machine pula

24 minutes RM 4
drying machine ni ada atas & bawah so masa masukkan duit tengok anak panah dia ya :)


selamat mendobi!


Comments

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)