Travel Langkawi Day 3 : Oriental Village ll Sky Cab Langkawi

Assalamualaikum semua :)

today nurul nak story hari ketiga/last day kami di Langkawi
alkisahnya hari kedua tak dapat pergi naik cable car Sky Cab Langkawi
so kami try datang lagi cuba nasib haha

9 pagi kami sudah check out dari Casa Fina
dan deposit RM 100 dapat balik :)

kami terus menuju ke Oriental Village



masa kami sampai nak dekat pukul 10 pagi tapi Kaunter Tiket masih tutup (T_T) akibat angin kuat atas bukit Machinchang

so kami bercadang pergi makan di Oriental Village 

Koay Teow Goreng Basah
Roti Canai Sardin
Air 

RM 14+-

selepas makan nurul contact Panorama Sky Cab untuk status operasi

CONTACT NO 
SKY CAB
049594225

kami balik semula ke Kaunter Sky Cab dan gigih menunggu haha

and finally pada pukul 1. 15 pm
Alhamdulillah

ada pengumuman dari pihak Panorama Sky Cab kaunter tiket sudah dibuka
masa tu ramai orang berlari untuk beratur ke kaunter tiket haha

Berkat kesobaran dari pukul 10 pagi tadi okay lastly dapat naik juga pada pukul 1.45pm
syukur syukur (n_n)


yang ada dome silver tu Sky Dome


Sky Adventure


3D Art Langkawi


muka- muka sabar menunggu


masa ni semua excited berlari ke kaunter
sudah beli tiket kami terus dapat naik Sky Cab

kami beli yang Basic Combo RM 40 x 2 : RM 80
Basic Combo include Sky Cab + Sky Dome + Sky Rex +3D Art gallery

beratur untuk masuk Sky Cab
petugas itu akan pakaikan wristband di tangan nanti dia akan scan di pintu masuk
sesi photograph
petugas akan bahagikan kepada 6 orang  dalam 1 gondola
semasa beratur petugas akan jual gambar kita 
so kami just beli saja RM 40
setiap station akan ada sesi photograph 
so korang boleh decide nak beli di Middle Station atau Top Station

masa di Middle Station kami beli fridge magnet gambar kami RM 20


gondola kami ada tourist dari China & India 
1Malaysia sangat kann (n_n)



gondola ni dia takkan stop just bergerak secara perlahan so kena cepat-cepat naik dan turun 



tourist dari China, Malaysia dan India







Sky Cab Langkawi adalah cable car paling curam di dunia okay
proud to be Malaysian


 view Pulau Langkawi dari atas cable car

cable car akan bawa kami ke Middle Station 
dan boleh terus ke Top Station








Sky Bistro beli mineral water RM 2
toilet juga disediakan di Top Station
ada Sky Boutique juga


view dari Middle Station


view dari Top Station
nampak tak bawah tu Sky Bridge bayaran masuk RM 5
boleh turun ke Sky Bridge guna SkyGlide RM 15 atau jalan kaki saja free.

dah selesai menikmati view kami pun turun ke Base Station
kami naik berdua saja haha :)


masa di Middle Station ada tourist dari Iraq naik sekali

Alhamdulillah dapat juga naik Sky Cab (n_n)

balik dari Oriental Village bayar parking RM 7

selepas itu kami terus pergi ke kedai makan tepi airport 
lokasi dia di tepi airport dan laut

LAKSA IKAN SEKOQ & LAKSA PULAU









harga makan lebih kurang RM15+-

usai makan kami terus ke Airport Langkawi return kereta sewa pada Encik Azrul
dapat semula deposit RM 50

kami solat jamak qasar Zohor Asar di surau airport Langkawi

beli kunci luggage RM 17.90
beli t-shirt RM50
fridge magnet RM 9.50

kami sudah buat web checked in so self print baggage tag di kiosk Airport  Langkawi
scan bag pergi baggage drop dan masuk ke Gate Pelepasan Domestik untuk pulang ke KLIA2



selamat tinggal Langkawi :)


Alhamdulillah 8.15 pm tiba di KLIA2
solat jamak qasar Magrrib Isyak di airport
makan KFC RM 30
sementara tunggu ayah jemput balik di Level 3 Balai Pelepasan
Thanks Ayah (n_n)

Kos untuk hari ketiga bercuti di Langkawi

makan di Oriental Village : RM 14
bayaran masuk Sky Cab RM 40 X 2 : RM 80
Mineral water : RM 2
Sky Cab picture : RM 40
Sky Cab Fridge Magnet : RM 20
Toilet Sky Cab : RM 0.50
Parking Oriental Village :RM 7
Makan di Laksa Ikan Sekoq dan Laksa Pulau : RM 15
last minit shopping di airport : RM 77.40
KFC:RM 30
Subtotal hari ketiga: RM 286



SUBTOTAL KOS KESELURUHAN KE LANGKAWI ALL IN
2 orang
(termasuk flight + hotel + perbelanjaan untuk 3 hari)

RM 2042








Comments

  1. Salam sis bole tnye. Self check in luggage die check or timbang x? Kn kne drop kt kaunter luggage

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for reading :)

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)