Bercuti pun dapat Pelepasan Cukai 2020-2021!





 Assalamualaikum semua!


Seperti yang kita sedia maklum 

sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,

Bulan Mac lazimnya dikenali sebagai bulan membayar cukai!

Maka,sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita mengambil tindakan proaktif dalam bersama-sama membantu kerajaan Malaysia untuk memajukan negara kita :) 

Bagaimana?

dengan membayar cukai taksiran kepada negara.

Walaupun rakyat dikehendaki untuk membayar cukai 

(pada kadar gaji tertentu)

tapi tahu tak korang

Kerajaan Malaysia memberi pelbagai jenis pelepasan cukai kepada rakyatnya.

Wah sangat menarik bukan?

cuma kita sebagai pembayar cukai haruslah 

mengemukakan bukti-bukti untuk pelepasan cukai tersebut

dan disimpan dengan rapi sebagai rujukan akan datang.


Pada tahun 2020 dan untuk tahun 2021 juga,

pembayar cukai mendapat pelepasan cukai individu untuk percutian mereka :)

Seronoknya !! 

Antara pelepasan cukai tersebut meliputi

 Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC);

ii. Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong; dan

iii. Perbelanjaan di atas dibuat dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Cadangan

Sebagai langkah berterusan untuk membantu industri pelancongan, pelepasan cukai pendapatan individu tersebut dilanjutkan bagi tempoh perbelanjaan sehingga 31 Disember 2020 bagi tahun taksiran 2020 dan dilanjutkan juga bagi tahun taksiran 2021.

Tarikh Kuat Kuasa

i. Tahun taksiran 2020: Bagi perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020; dan

ii. Tahun taksiran 2021: Bagi perbelanjaan 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.


(tekan gambar untuk lebih jelas)



Sesiapa yang bercuti pada tahun 2020 bermula Mac layak mendapat pelepasan cukai tersebut.

Paling penting simpan resit okay!

Korang boleh layari laman web MOTAC
untuk kenal pasti premis-premis pelacongan yang terlibat.


sekadar contoh

jika premis kita terdapat dalam senarai MOTAC tersebut,
kita boleh mendapatkan pelepasan cukai individu tersebut sehingga RM1000



 Jom isi e-Filing :)




Comments

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)