Pengalaman adik beli Rumah Selangorku

Assalamualaikum semua :)

Post pada hari ini,nurul nak ceritakan pengalaman adik Nurul ditawarkan 
pembelian untuk projek 
Rumah Selangorku
semoga boleh jadi rujukan akan datang.


PENDAFTARAN & PERMOHONAN Rumah Selangorku


Alhamdulillah & tahniah buat adik kerana berusaha penuh gigih sebagai anak jati Selangor
 dari bulan March 2017 mendaftar 
permohonan Rumah Selangorku ,memang lengkap dokumen dia upload dalam website.haha 
Syabas atas usaha gigih anda ke hulu ke hilir nak sediakan dokumen!

Adik pilih  kediaman jenis B
(untuk kediaman jenis B,C,D pendapatan minimum RM 3001.00-(max)RM 10k)
kediaman jenis A (RM42K) pandapatan bawah RM 3001.00

Dokumen yang dikehendaki(upload dalam website)
  • Salinan I/C pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan Bujang dari majikan/Pesuruhjaya sumpah jika bekerja sendiri
  • Penyata Gaji atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah(bekerja sendiri)
  • Surat Akuan Bersumpah jika pasangan TIDAK BEKERJA
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan CCRIS Pemohon dan pasangan (walaupun guna 1 nama)


sebenarnya adik ada cuba nasib hantar dokumen pada Rumah Selangorku di Apartment Simfoni under Eco Majestic tapi rezeki dia ditawarkan di Apartment D'Kristal under Setia EcoHill. Syukur :)



DI SENARAI PENDEK 

oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor


4 December 2017, adik dapat sms di atas memberitahu telah berjaya disenarai pendek oleh LPHS
Adik cuba call no.phone Setia EcoHill dan diminta untuk datang pada Hari Terbuka Rumah Selangorku di Setia Eco Hill Welcome Centre pada 9 December 2017 bawa bersama wang deposit RM1000


8 December 2017 , adik dapat sms untuk hadir ke Setia EcoHill Welcome Centre
pada jam 8 - 10 pagi (9 December 2017) hari Sabtu bagi kategori pemohon yang telah disenarai pendek untuk proses kelulusan serta merta dan kena bawa bersama 

  • 4 salinan I/C pemohon dan pasangan
  • Slip gaji terkini
  • Penyata kwsp terkini
  • Sijil nikah/cerai/kematian pasangan/surat pengesahan bujang (Kaunter Pesuruhjaya tersedia)
  • Report CCRIS terkini pemohon dan pasangan(Kaunter CCRIS tersedia,bayaran RM 10)
  • Wang deposit RM 1K
  • Surat Kelayakan Pinjaman Sektor Awam(bagi pinjaman kerajaan)


Tips: Sediakan dokumen lengkap sebelum datang(SERIOUSLY)
untuk mengelakkan kesulitan terjadi kerana sangat ramai dan panjang orang beratur


HARI TERBUKA RUMAH SELANGORKU

9 December 2017 , pukul 7 lebih adik sudah bersiap-siap dgn isterinya untuk pergi ke Hari Terbuka Rumah Selangorku.

Penawaran terbuka Rumah Selangorku bagi kategori orang awam dijadualkan bermula pada 11 pagi tapi masa adik tiba 8 pagi pun sudah ramai yang beratur panjaaaaaang.
Sabar dan cekal betul mereka ni.(T_T)

Proses yang berlaku pada Hari Terbuka

Langkah 1 : Pendaftaran dan Pemeriksaan dokumen oleh pemaju

Langkah 2 : Pemeriksaan kelayakan pinjaman perumahan bersama bank

Langkah 3 : Kelulusan oleh LPHS

Langkah 4 : Cabutan unit (cabutan no.unit dalam box)

Langkah 5 : Bayaran deposit RM 1000

Langkah 6 : Tandatangan Surat Perjanjian Jual Beli


Mengikut kepada surat tawaran bermula dari tarikh surat itu adik perlu menjelaskan baki RM9000 dalam masa 14 hari, tapi jangan risau kerana anda boleh berbincang dengan pihak lawyer (pemaju) dan boleh buat pengeluaran akaun 2 KWSP (tempoh dilanjut) :) apa-apa boleh berbincang dengan mereka. 

Selepas sign surat tawaran, adik perlu membuat permohonan pinjaman perumahan(ada tempoh diberikan).Panel bank ada disediakan semasa Hari Terbuka Rumah Selangorku untuk memudahkan kita membuat pinjaman antaranya dari Maybank, Bank Islam, RHB ,Hong Leong Bank, CIMB, BSN dan Public Bank.

Untuk penawaran kepada orang awam bergantung kepada kekosongan unit dari semasa ke semasa.
Ada rezeki InsyaAllah dapat :)



ramai beratur untuk memohon rumah ini dari awal pagi lagi


APARTMENT D'KRISTAL


PHASE : D'Kristal
Total Unit : 670 units
Built-up :810 sq ft
Selling price: RM 100,000
Land Tenure : Freehold
Expected completion date : July 2020  (InsyaAllah)








Good luck for the next steps..Semoga dipermudahkan urusan..Amen
will update later.



Comments

  1. hi, saya nak tanya. jika saya bujang dan tiada tanggungan, bermaksud saya adalah anak terakhir di dalam family. adakah saya masih berpeluang untuk mendapatkan rumah selangorku?

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ad rezeki awk, yg penting mohon ja, pastikan dokumen semua lengkap. Dan byk2 brdoa insyaAllah ad rezeki tak kemana

    ReplyDelete
  3. hai nak tanya lepas sign SPA bape hari dah dapat surat dari peguam ea..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena dapatkan loan dulu. lps dapat loan, submit surat loan dari bank ke developer. kurang dari seminggu daripada tu akan dpt agreement s&p dari lawyer

      Delete
  4. Salam..nk tanya kite kene bayar guna duit sendiri ke utk kos lawyer fee tu atau pemaju yg tanggung kos tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for reading :)

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)