Selesaikan Hutang Kereta dan Batal Hak Milik Bank.

Assalamualaikum semua :)

FINALLY
AFTER 7 YEARS

(T_T)

Syukur Alhamdulillah.

Jatuh bangun membayar hutang kereta.

Nrl beli kereta dengan bantuan cousin Nrl
Kak Azrah
Thanks Kak Azrah
May Allahswt bless u always :)

Beli kereta Proton Saga BLM saja
Actually Nrl lebih suka guna public transport
dari sekolah masa form 5 naik Lrt pergi Tuisyen Kasturi naik KTM
lepastu masa belajar di MSU 
naik tren KTM di Batu 3
dah biasa turun naik bas and lrt/monorel masa training HKL dulu
kurus pun kurus sebab banyak berjalan.
Masa tu memg energetic habis lah,jalan kaki jauh pun relax je tak mengah.
sekarang JANGAN! :D mengah sungguh rasa.

Rezeki Nrl dapat tawaran bekerja di Cheras Makmur.
Alhamdulillah
cuma ada sedikit kesulitan iaitu public transport dia complicated sikit.
So Nrl decided la beli kereta untuk senang aku pergi kerja :)
saya tak reti bawa motor harap maklum.haha

sekarang 2017 baru ada MRT area situ.Thumbs up!

Nrl beli kereta guna kemudahan sewa beli
(hire purchase) dgn Maybank Islamic
so last payment ends 29 July 2017 guna standing instruction RM534/monthly.

So bulan August Nrl check online tengok baki Hire Purchase still ada outstanding RM 14+
so Nrl call Maybank Auto Finance Centre,pegawai tu suruh pergi Maybank terdekat untuk settle di kaunter.

4/8/2017 (Jumaat) 2 pm 
selepas balik kerja terus ke Maybank
Naik ke Tgkat 3 -Auto Finance Centre
Ambil No giliran-Pilih -Settlement Hire Purchase

Nrl beritahu pegawai bertugas nak settlekan payment hire purchase.
Pegawai minta No Plat Kereta & I/C
dan check dlm sistem.
Total Final Outstanding RM 17.05
Nanti pegawai tu tanya nak bayar cash ke?
I said Yes kak :)
so pegawai tu isi 1 form untuk payment.

So untuk buat bayaran kena turun ke 
Banking Hall
ambil no giliran,tunggu dan bayar di kaunter

Geran kereta memang sudah ada pada Nrl dari tahun pertama renew roadtax lagi.

Pegawai tu kata dalam tempoh 24 jam boleh Batal Hak Milik di JPJ.

Sekarang Bank linked with JPJ online saja.


Isnin 7/8/2017 
Ambil salinan surat pengesahan 
e-Hakmilik JPJ-FIS di Auto Finance Centre untuk simpanan Nrl.

Terus pergi Jab.Pengangkutan Jalan(JPJ) di Bdr Sri Permaisuri bawa geran.

Ambil No.Giliran
tunggu
Sampai giliran just inform pegawai
 nak batal hak milik 
sebab dah settled hire purchase.
pegawai minta I/C & geran
Check dalam sistem
STAMPED!

BATAL MELALUI SISTEM
pada nama bank.

sekejap saja proses 👍
Alhamdulillah

 Bank post surat pengesahan 
jualan ke rumah.
5/8/2017-Date surat pengesahan jualan.

p/s: masa settlekan payment last di kaunter,pegawai bank pesan suruh CANCEL Standing Instruction.
So Nrl naik balik Auto Finance Centre nak cancel dan pegawai AFC ckp nanti automatic cancel.

So bila check online memang sudah tiada account Hire Purchase🤗


Comments

  1. ok, lepas ni boleh tukar kereta Baru,buat hutang lagi, teringin pulak nak tukar BLM tu kereta AUdi macam dalam cerita transporter tu. Mengancam! baru RM 3,490.oo je bulan-bulan.

    ReplyDelete
  2. nice info...tq
    https://leenazi9783.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Salam singgah dan follow sini :)

    Anda dijemput join segmen GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  4. mantap jgak maybank ...ambe dah seminggu settle full settlement dgn public bank ..g jpj tak boleh batal hak milik sebb bank tak update sistem lagi ...byk main

    ReplyDelete
  5. cimb pun lambat. bgus la maybank

    ReplyDelete
  6. Untung la ckp..aku punya bank islam bln 8 2018 dah abis..hri tu pegi jpj nak tuka nama pemilik baru..jpj ckp tak dpt sbb masih hak milik bank..skunk dlm proses ia ckp..bape minggu dah ni..hawau bank islam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for reading :)

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)