Prosedur Permohonan Kahwin Selangor

Assalamualaikum
Alhamdulillah today nurul nak share prosedur permohonan kahwin di Selangor
sebab nrl stay di Selangor so kena buat permohonan kahwin di Jabatan Agama Islam Selangor :)
JAIS mengguna pakai sistem online bagi permohonan kahwin yang di kenali sebagai
Sistem Nikah Cerai Rujuk Online
JAIS dah siap-siap bagi panduan lagi macam mana nak isi so boleh baca dengan teliti okey :)
make sure dalam laptop sudah ada install adobe reader
PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM NCR ONLINE (pdf)



(Sistem Nikah Cerai Rujuk Online)
SISTEM NCR ONLINE



#Prosedur permohonan haruslah dimulai dari pihak lelaki dahulu
 bila sudah settle borang diserah kepada pihak perempuan#



1.Hadir Kursus Kahwin

2.Isi Borang Online (Borang 2A) di Sistem NCR online dan print


3.Lampirkan dokumen sokongan ikut senarai semak (salinan saiz A4)
Buat HIV Test (klinik /hospital kerajaan sahaja) valid 6 bulan

4.Dapatkan Pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah(PPN) Kariah setempat.
Boleh Tanya Pejabat Agama Daerah atau pihak masjid.
(masa nak minta pengesahan penolong pendaftar nikah kena datang bersama 2 orang saksi lelaki berumur 18 tahun ke atas dan mengenali pemohon ).Pemohon dan saksi sign depan PPN.

5.Dapat Kebenaran Berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah.
Saksi tidak perlu ikut.Ada bayaran RM10.Tempoh sah 3 bulan.

6.Serahkan Surat Kebenaran Berkahwin kepada pihak perempuan.



  



Prosedur permohonan kahwin nurul (pihak perempuan)

1.Hadir Kursus Kahwin

2.Isi Borang Online (Borang 2C dan 2D) di Sistem NCR online dan print

3.Lampirkan dokumen sokongan ikut senarai semak (salinan saiz A4)
Buat HIV Test (klinik kerajaan sahaja).valid 6 bulan so boleh plan


Masjid Cheras Jaya

4.Dapatkan Pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah tempat masing-masing
(Tanya pihak masjid atau pejabat agama Islam daerah)

#Bawa Surat Kebenaran Berkahwin pihak lelaki
masa nak mohon pengesahan penolong pendaftar nikah.
Datang bersama wali, 2 orang saksi lelaki
(saksi ni bukan saksi yang time nikah tu ni saksi untuk pengesahan borang paling senang boleh guna adik beradik lelaki berumur 18 tahun ke atas atau orang yang mengenali pemohon )

5.Sudah dapat pengesahan dan cop boleh la bawa borang untuk dapatkan Kebenaran Kahwin di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing.Bawa duit RM 10 untuk bayaran.Siap dalam satu hari & tidak perlu lagi bawa saksi.


Nurul mendapat kebenaran kahwin di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)Hulu Langat
Surat Kebenaran Kahwin sah tempoh selama 3 bulan dari tarikh dikeluarkan.

Akad Nikah Day

Surat Kebenaran Berkahwin di serah kan kepada juru nikah sebelum akad nikah berlangsung.Boleh pass kat ayah or abang.
 Ada bayaran dikenakan sebanyak RM 160
iaitu RM100 juru nikah RM 40 utk 2 saksi & RM20 pendaftaran kahwin.

Juru nikah nanti bagi satu slip kat suami untuk 
collect Surat Perakuan Nikah(sijil nikah) nanti.

7.Ambil Surat Perakuan Nikah di PAID
boleh try call untuk pengesahan sama ada sudah siap atau belum.
Suami dan isteri saja boleh ambil Surat Perakuan Nikah.
Surat wakil serta salinan MYKAD pasangan dan wakil dikemukakan if pasangan tak dapat hadir. :)


8.Buat Kad Nikah (^_^)


SENARAI SEMAK PEREMPUAN

Sumber : www.jais.gov.my
Kak Farah Wahida


Comments

  1. asalam awk, sy nk tnya. masa nk anta borang kat PAID hulu langat bole ke kita wakilkan parents mtk tlg antakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis..sorry bru buka blog..kaklong sya ckp boleh tp makesure borang sume lengkap :)

      Delete
  2. Thanks, da ade reference ni senang.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ya.. Maaf bertanya. 2 org saksi, wali dan bakal pengantin perlu ada semasa berjumpa penolong pendaftar nikah, 2 org saksi tu hanya perlu ada semasa berjumpa penolong pendaftar nikah lah kn? Waktu nikah nanti pakai saksi surau tu boleh lah kn? Maksudnya, 2 org saksi dalam borang dan saksi ketika nikah tak perlu sama pun boleh kn?

    ReplyDelete
  5. Borang nikah ni kita print out hitam putih pun boleh kan?,tak perlu print berwarna kan ?

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya kami pihak lelaki saksi 2 orang itu perempuan boleh ke kakak dan abang ipar

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for reading :)

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)