Sultan Yang Berani! Siapa? Meh tengok video & baca ni

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Constantinople(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad) -Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M -Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. -Ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Constantinople pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah. -Kenapa Constantinople ?kerana negara itu begitu strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state, Constantinople wo...