Pengalaman adik beli Rumah Selangorku

Assalamualaikum semua :) Post pada hari ini,nurul nak ceritakan pengalaman adik Nurul ditawarkan pembelian untuk projek Rumah Selangorku semoga boleh jadi rujukan akan datang. PENDAFTARAN & PERMOHONAN Rumah Selangorku Alhamdulillah & tahniah buat adik kerana berusaha penuh gigih sebagai anak jati Selangor dari bulan March 2017 mendaftar permohonan Rumah Selangorku ,memang lengkap dokumen dia upload dalam website.haha Syabas atas usaha gigih anda ke hulu ke hilir nak sediakan dokumen! Adik pilih kediaman jenis B (untuk kediaman jenis B,C,D pendapatan minimum RM 3001.00-(max)RM 10k) kediaman jenis A (RM42K) pandapatan bawah RM 3001.00 Dokumen yang dikehendaki(upload dalam website) Salinan I/C pemohon dan pasangan Salinan Surat Nikah /Daftar Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan Surat Pengesahan Bujang dari majikan /Pesuruhjaya sumpah jika bekerja sendiri Penyata Gaji atau peng...