Bercuti pun dapat Pelepasan Cukai 2020-2021!
Seperti yang kita sedia maklum
sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,
Bulan Mac lazimnya dikenali sebagai bulan membayar cukai!
Maka,sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita mengambil tindakan proaktif dalam bersama-sama membantu kerajaan Malaysia untuk memajukan negara kita :)
Bagaimana?
dengan membayar cukai taksiran kepada negara.
Walaupun rakyat dikehendaki untuk membayar cukai
(pada kadar gaji tertentu)
tapi tahu tak korang
Kerajaan Malaysia memberi pelbagai jenis pelepasan cukai kepada rakyatnya.
Wah sangat menarik bukan?
cuma kita sebagai pembayar cukai haruslah
mengemukakan bukti-bukti untuk pelepasan cukai tersebut
dan disimpan dengan rapi sebagai rujukan akan datang.
Pada tahun 2020 dan untuk tahun 2021 juga,
pembayar cukai mendapat pelepasan cukai individu untuk percutian mereka :)
Seronoknya !!
Antara pelepasan cukai tersebut meliputi
Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC);
ii. Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong; dan
iii. Perbelanjaan di atas dibuat dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Cadangan
Sebagai langkah berterusan untuk membantu industri pelancongan, pelepasan cukai pendapatan individu tersebut dilanjutkan bagi tempoh perbelanjaan sehingga 31 Disember 2020 bagi tahun taksiran 2020 dan dilanjutkan juga bagi tahun taksiran 2021.
Tarikh Kuat Kuasa
i. Tahun taksiran 2020: Bagi perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020; dan
ii. Tahun taksiran 2021: Bagi perbelanjaan 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
(tekan gambar untuk lebih jelas)
Comments
Post a Comment
Thanks for reading :)