Sultan Yang Berani! Siapa? Meh tengok video & baca ni
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan
Khandaq, "...Constantinople(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan
tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera..." (Hadis
riwayat Imam Ahmad)
-Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan
pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M
-Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad.
-Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad.
-Ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya
menakluk Constantinople pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
-Kenapa Constantinople?kerana negara itu begitu strategik dari sudut ketenteraan,
perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan
Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa
kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang
paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state,
Constantinople would be its capital.”
-Kota Constantinople yang kini
dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua
Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.
-Sebelum itu Kota Constantinople pernah cuba ditakluk oleh
bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam
berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang
mengatakan Constantinople akan ditawan oleh orang Islam.
-Setelah lebih 800 tahun hadis itu
diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan.
-Sultan Muhammad al-Fateh sejak
dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim,
Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah
kepada Muhammad al-Fateh):
“Wahai Sultan
Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Constantinople, tetapi anak yang
dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam
buaian.
-Sejak itu Muhammad al-Fateh
dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.
-Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung
di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,
Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
-Diceritakan
bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka
tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al
Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib
sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.
- Antara langkah awal yang
diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling
besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu
dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar
akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15
tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam
menguasai teknologi.
- Tentera Islam tiba di Constantinople
dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah
beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin,
harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi
psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
-Baginda
sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan
negara.
-Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel
kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya.
-Sultan Muhammad Al Fateh telah meninggal dunia pada 3 Mei
1481 ketika berusia 49 tahun.
Comments
Post a Comment
Thanks for reading :)